Sekolah Kebangsaan Gambang telah mengadakan Majis Watikan Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas SPBT bagi sesi persekolahan 2013. Majlis berlangsung secara dalaman sahaja dengan dihadiri Ketua Balai Polis Gambang sebagai Tokoh Perasmi. Berikut dilampirkan beberapa foto untuk tatapan umum. SKG ucapkan jutaan tahniah kepada murid yang terpilih menjadi mata dan telinga SKG dalam mengawalselia disiplim murid-murid. Semoga semua pengawas dapat menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.