Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSSAAN GAMBANG

Jumaat, 29 Jun 2012

Tanda Sayang

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik menjayakan program tanda sayang pksr 2 hari ini. Sambutan dan kehadiran ibu bapa penjaga juga amat baik, namun masih ada beberapa orang yang tidak dapat hadir.

KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA, SALAH SIAPA?



Pengenalan
     Fenomena dalam kehidupan hari ini tidak lekang daripada menceritakan tentang isu remaja yang bersikap sangat liar. Remaja kini dihimpit dengan pelbagai gejala negatif. Gejala negatif yang wujud dalam diri para remaja semakin hari semakin liar bagaikan ketiadaan ketamadunan dalam diri. Bila bercakap mengenai isu kerosakkan moral remaja,banyak pihak saling tunding menunding salah menyalah antara satu sama lain. Persoalannya sekarang,siapakah yang patut dipersalahkan secara total.

Antara Faktor Berlakunya Gejala Keruntuhan Sahsiah Di Kalangan Remaja
     Para sarjana, pendidik, pakar pakar motivasi juga tidak ketinggalan mengkaji, menyuarakan dan menyatakan pendapat masing-masing bertujuan untuk mengatasi masalah ini. Antara hasil kajian mendapati beberapa faktor :
1.Tekanan Dalam Pelajaran.
     Akibat daripada bebanan pelajaran yang dikatakan membebani pelajar, dan tekanan untuk berjaya dan cemerlang dalam pelajaran menyebabkan remaja rasa terkongkong. Kerja rumah serta berbagai tugasan yang dibekalkan oleh guru dan tenaga pengajar juga menyebabkan remaja merasakan masa mereka untuk bebas dan berseronok terbatas.
2. Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong.
     Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati. Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan berfikir untuk melarikan diri dari rumah dan mencari keseronokan dan kebebasan di luar.
     Ibu bapa yang bersifat materialistik pula sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya pasti akan beralih kepada rakan-rakan sebagai tempat mereka melepaskan rasa tekanan atau meluahkan perasaan serta mencari keseronokan dengan melakukan pelabagai perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.
3. Sikap Ingin Mencuba Serta Pengaruh Rakan
     Bermula dengan melihat persekitaran dan pengaruh rakan-rakan, seperti tabiat merokok, merempit, menagih dadah dan sebagainya, remaja mula tertarik untuk merasakan dan mengalami sendiri pengalaman baru tanpa memikirkan akibat di sebaliknya. Apatah lagi apabila melihat rakan-rakan di sekeliling mereka sering melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang pada mereka ianya adalah merupakan satu jalan menyeronokan. Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan umur yang paling dekat. Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan ‘sense of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif.
4. Faktor pihak sekolah yang kurang memberi perhatian kepada pelajar.
     Sesetengah guru yang cuma memberi perhatian kepada pelajar cemerlang sahaja tanpa mempedulikan pelajar yang lemah dalam pelajaran dan terkebelakang.
Guru menganggap bahawa pelajar yang lemah, tidak akan maju dalam pelajaran dan cuma akan membuang masa mengajar pelajar sebegini.
Guru kaunseling juga kadangkala tidak memberi bantuan kaunseling dan motivasi yang sepatutnya untuk membantu pelajar bermasalah. Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati serta terasa dipinggirkan lalu melepaskannya dengan melakukan aktiviti yang bertentangan dengan peraturan sekolah mahupun norma murni masyarakat.
5. Media massa
     Pada zaman perkembangan ICT yang luas ini, media massa memainkan peranan yang penting kerana ia bersifat secara globalisasi. Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara negara-negara, secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar negara atau negara asing. Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di negara kita. Bahan-bahan tontonan yang bersifat negatif ini mudah sekali diterima dan disimpan oleh para remaja dan seringkali menjadikannya sebagai satu hiburan dan ikutan.

Langkah-Langkah Penyelesaian.
     Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.
Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.
     Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
     Penerapan nila-nilai dan ajaran Islam juga seharusnya malah semestinya diberi penekanan agar jiwa anak-anak remaja tidak kosong. Iman dan sifat taqwa yang ditanam akan menjadi benteng yang kukuh kepada para remaja dari terjebak ke lembah yang tidak bermoral. Ini adalah kerana anak-anak menrupakan amanah daripada Allah yang mesti ditunaikan. “Semua kamu adalah pemimpin dan semua pemimpin akan disoal tentang kepimpinannya” (al-Hadith).
2. Mewujudkan dan menjalankan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
3. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
4. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
5. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG janganlah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

Kesimpulan
     Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembargemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar menepati kecemerlangan 51 tahun kemerdekaan.
     Pelbagai langkah serta saranan boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan sahsiah di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.



Rujukan:

Dr Muhammad faiz Al.Math, Sabda junjungan,1994, Al-Kautsar, Kuala Lumpur.
Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah
Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Lokman Mohd Hashim, MuitiaraIslam Online, Mac, 2009.

Isnin, 25 Jun 2012

Kejohanan Sukan Dan Balapan 2012

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru, murid, kakikatangan SK Gambang serta semua yang terlibat dalam menjayakan sukan tahunan SK Gambang. Juga ucapan tahniah kepada semua atlit yang bertanding dan yang mendapat tempat dalam kejohanan pada kali ini. Kepada atlit yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun seterusnya. Gambar gambar menarik sekitar kejohanan akan dimuatnaik dalam jangka masa terdekat.

Sabtu, 16 Jun 2012

LARIAN MERENTAS DESA SK GAMBANG 2012

Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru SK Gambang yang telah menjayakan Kejohanan Larian Merentas Desa pada hari Jumaat 15 Jun 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah mendapat tempat di kejohanan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada anggota polis dan SRS yang turut sma menjaga keselamatan peserta larian. Gambar-gambar menarik akan diposkan kemudian. Harap bersabar